SEJARAH SEKOLAH


Berikut adalah mengenai sejarah bagi SMK Jalan Damai:
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Damai, Bukit Mertajam telah diasaskan pada 5 Januari 1970. Ketika itu, sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Rendah Bukit Mertajam dengan jumlah pelajarnya hanyalah seramai 717 orang dan 29 orang guru.  
  • Pada akhir tahun 1973, sebuah bangunan baru telah siap dibina di Jalan Damai Bukit Mertajam. Bermula pada 8 Januari 1974 semua pelajar Sekolah Menengah Rendah Bukit Mertajam yang sebelum ini menumpang sementara di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam telah berpindah ke bangunan baru ini.  
  • Pada tahun 1982, bangunan Blok D telah siap dibina. Pada tahun 1984 sebuah lagi bangunan, iaitu blok E telah siap dibina. Kelas tingkatan 4 mula diwujudkan pada sesi persekolahan 1989/1990.  
  • Tanggal 19 Ogos 1991 nama sekolah telah ditukar secara rasminya kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Damai. Setelah hampir tiga dekad penubuhannya, bilangan pelajar sekolah ini telah mencecah lebih daripada 2000 orang. Sejajar dengan penambahan jumlah bilangan pelajar, pada tahun 2002 SMK Jalan Damai telah dinaik taraf daripada sekolah gred B kepada gred A. 
  • Dalam usaha untuk merealisasikan Visi dan Misi sekolah, pelbagai prasarana disediakan untuk kemudahan dan keselesaan warga SMK Jalan Damai antaranya seperti gelanggang bola keranjang berbumbung, bilik guru yang selesa, makmal ICT dan persekitaran sekolah yang ceria dan indah. 
  • Dalam Rancangan Malaysia Ke-9 SMK Jalan Damai telah mendapat peruntukan sebanyak RM 5.6 juta untuk projek pembinaan satu blok bangunan sekolah empat tingkat dan satu blok bangunan makmal / bengkel empat tingkat yang telah siap pada penghujung tahun 2008.