INFO SEKOLAH

LENCANA SEKOLAH

Obor                                Melambangkan Kegagahan.

Api Obor                         Melambangkan satu permulaan yang cerah bagi sekolah kita.


Buku                               Melambangkan ilmu pengetahuan yang akan diperoleh bagi 

                                       sekolah ini.

Warna Biru                      Melambangkan pelajar hidup dan belajar dalam suasana

                                       harmoni, tenteram dan saling bekerjasana antara satu sama lain.

Warna Merah                  Melambangkan keberanian pelajar menghadapi segala cabaran

                                       hidup.

Warna Kuning                 Melambangkan pelajar sentiasa cerdik, gembira dan memberi

                                       kehormatan dan kesetiaan kepada bangsa dan negara.



FALSAFAH

Aspirasi sekolah dan para pendidikan di sekolah ini adalah berhasrat melahirkan anak-anak didik yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Cogan kata" Ilmu Sinar Hidup" mengandungi falsafah yang luhur ke arah membentuk insan berilmu dan berakhlak mulia. Para pendidik sekolah ini faham bahawa ilmu merupakan penyuluh jalan hidup manusia yang dapat membezakan antara kebenaran dan kebatilan. Berdasarkan kepada cogan kata "Ilmu Sinar Hidup", objektif Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Damai adalah menuju ke arah melahirkan generasi yang

   1.Bersungguh dalam menimba ilmu pengetahuan.

   2.Berjiwa besar mencapai kecemerlangan dalam bidang kurikulum
      dan kokurikulum.

   3.Berakhlak mulia.

   4.Bersedia mencurahkan bakti dan sumbangan kepada masyarakat
      dan negara Malaysia. 


VISI



SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JALAN DAMAI MENJADI MENJADI SEKOLAH GEMILANG MENJELANG 2015




MISI




Untuk merealisasikan VISI,
Kami warga SMK JALAN DAMAI akan memastikan MISI berikut dilaksanakan dengan jayanya:
Berusaha meningkatkan kecemerlangan akademik melalui aktiviti P&P yang berkesan.
Berusaha meningkatkan penglibatan murid dalam kokurikulum secara maksimum ke 
arah pencapaian yang lebih cemerlang.
Berusaha memantapkan sahsiah murid melalui program bina insan bertunjangkan 
Falsafah Pendidikan Negara.



    MATLAMAT
 
1. Mewujudkan peluang untuk pelajar - pelajar mendapatkan pendidikan dengan
    kemudahan yang teratur, sempurna dan terkini dalam iklim persekolahan yang
    kondusif.

2. Memperbanyakkan pelajar mendapat pendidikan berkualiti sebagai persediaan ke arah
    pendidikan tinggi untuk memenuhi keperluan negara.

3. Melahirkan pelajar - pelajar yang mempunyai kepimpinan cemerlang melalui
    pendedahan hidup masyarakat sejagat.

4. Melahirkan insan dan warganegara yang bertanggungjawab, berilmu, beriman dan
    beramal sesuai dengan nilai - nilai hidup masyarakat Malaysia.

5. Melahirkan pelajar - pelajar yang mempunyai kemampuan sahsiah yang mampu
    menghadapi alam remaja.

6. Mewujudkan warga sekolah yang mengamalkan budaya penyayang.
7. Melahirkan kejituan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar.
8. Menghasilkan pelajar - pelajar yang dapat menguruskan kerja - kerja dengan cekap,
    pantas, tepat dan bijaksana.

9. Menjayakan program pendidikan menengah yang cemerlang bagi merealisasikan
    tuntutan Wawasan 2020.


                                                
 
NILAI - NILAI TERAS
  • Berpegang teguh pada agama   
  • Berilmu
  • Berfikir
  • Rajin
  • Berani
  • Ikram
  • Sentiasa mengejar kecemerlangan
  • Berbakti  

 

PIAGAM

1. Komitmen kami ialah menyediakan satu suasana pembelajaran dan pengajaran yang
     aktif, mesra, positif dan  inovatif.

2. Kepercayaan kami ialah semua pelajar adalah berhak belajar dan boleh diajar.

3. Menjamin memberi layanan yang saksama dalam menyelesaikan segala hal pelajar.

4. Memastikan layanan segera diberi kepada segala aduan dan permasalahan ibu bapa
    dan penjaga.